Kelas Mengaji Online, Belajar Al Quran Untuk Dewasa
Dalam mencari ilmu dengan hadir kelas belajar mengaji Al Quran, kenapa mesti malu?
Kami di Jom Al Quran Academy faham, anda mahu memperbaiki bacaan Al Quran. Cuma bimbang akan dikecam masyarakat “Dah tua-tua pun tak pandai baca Quran?”
Jika dalam hati anda pernah terdetik sebegitu, izinkan kami bantu.
Kenapa buat kelas belajar mengaji Al Quran Dewasa?
Kami buat kelas mengaji Al Quran ini kerana masa kecil, kami belajar Al Quran main-main.
Masa muda pula, banyak masa dihabiskan dengan kerja.
Bila sudah tua, rasa menyesal itu tiba.
Itu kisah kami. Tidak tahu pula anda bagaimana.
Cuma izinkan kami ucapkan:
Tahniah!
Allah telah gerakkan hati anda untuk masuk kelas belajar mengaji Al Quran.
Anda sebenarnya berada di jalan yang betul.
Rasa seperti macam mensia-siakan usia muda itu biasa.
Kami di sini akan cuba sedaya upaya untuk bantu anda dekatkan lagi diri dengan kitab suci Al Quran ini.
Boleh hubungi kami seperti di bawah.
Juga boleh hubungi melalui kelasmengajialquran.com dan belajarmengajialquran.com
Tahap penguasaan dalam belajar Al Quran
Macam mana ingin tahu tahap penguasaan Al Quran kita?
Pertama sekali, tenaga pengajar kami akan mendengar dahulu bacaaan anda.
Selepas itu, barulah boleh dikategorikan di tahap mana.
Contohnya:
- Iqra 1 – 6
- Muqaddam
- Al Quran
Sekiranya anda sudah mahir dalam membaca Al Quran dan mahu belajar peringkat lanjutan atau advance, boleh sahaja maklumkan kepada kami.
Kami ada menyediakan pembelajaran untuk:
- Belajar tajwid Al Quran dengan betul
- Belajar taranum Al Quran berlagu
- Belajar Bahasa Arab Al Quran untuk lebih memahami isi kandungan Al-Quran
- Belajar tafsir Al Quran, yang boleh dipilih dalam Bahasa Melayu dan English
- Belajar hafazan Al Quran oleh guru dengan cara tahfiz part-time, agar anda juga boleh menjadi sorang hafiz dan hafizah
Cara pembelajaran & pengajaran Al Quran
#1 Kelas Persendirian / Personal / Private
Untuk kelas mengaji Al Quran dewasa ini, kami cadangkan umur bermula dari 18 tahun ke atas. Pembelajaran adalah secara persendirian, private atau personal one-to-one.
Bagi yang lebih suka privasi, pasti suka sebegini.
#2 Kelas untuk satu keluarga
Walau bagaimanapun, jika ada permintaan untuk satu keluarga ia juga boleh diuruskan. Tenaga pengajar akan datang ke rumah dan mengajar satu keluarga dalam masa yang sama.
#3 Kelas berkumpulan
Satu lagi, jika anda lebih selesa untuk belajar secara berkumpulan dengan teman rapat, ia juga boleh diuruskan.
#4 Kelas mengaji online
Sebelum ini, memang nampak macam pelik bila ambil kelas mengaji online. Namun, dalam tempoh PKP akibat wabak pandemik Coronavirus COVID-19, ia sudah menjadi biasa iaitu new normal. Ramai yang semakin selesa untuk belajar secara atas talian.
Penilaian asas
Seperti yang dimaklumkan di atas, kelas mengaji Al Quran dewasa ini adalah bergantung kepada kemahiran asas yang dikuasai oleh pelajar.
Tenaga pengajar akan memulakan pengajaran berdasarkan penilaian kepada pelajar.
Kelas mengaji Al Quran ini sesuai untuk siapa?
Sejujurnya, kelas untuk kanak-kanak dan remaja sudah banyak. Kami tidak mahu ke arah itu.
Kami hanya ingin fokuskan kepada golongan dewasa yang mempunyai kriteria berikut:
- Orang dewasa sibuk dengan kerja, hingga tak ada masa
- Warga emas yang sudah pencen kerja kerajaan atau swasta
- Ibu-bapa yang malu dengan anak-anak kerana tidak lancar baca Al Quran
- Atok dan nenek yang malu dengan cucu kerana baca merangkak-rangkak
- Mualaf dewasa yang mahu belajar, tetapi tidak ada guru
Kelas belajar tajwid Al Quran
Anda mungkin bukan orang yang baru belajar mengaji Al Quran. Boleh baca tetapi tahap penguasaan tajwid masih tidak berapa betul. Hanya tahu tajwid Al-Quran yang basic sahaja.
Jangan bimbang.
Kami juga ada kelas belajar tajwid Al Quran di Akademi Jom Al Quran.
Kelas akan bermula dengan cara menyebut yang betul, makhraj, tempat keluar dan lain-lain.
Anda baca atau perdengarkan bacaan, sambil ustaz atau ustazah akan mengajar tajwid yang betul.
Mula-mula memang susah untuk betulkan tabiat bacaan kita yang kita sudah biasa. Tapi, lama-lama boleh diperbetulkan dengan izin Allah.
Belum lagi ada permintaan untuk belajar tajwid Al Quran online. Jika ada, kami akan maklumkan nanti.
Berapa Harga?
Sebenarnya, mengajar dan belajar mengaji Al Quran adalah kerja yang sangat mulia. Segan juga kami untuk menetapkan harga sebab ini adalah kerja agama.
Walau bagaimanapun, untuk keseragaman dan memudahkan urusan pertanyaan, kami letak juga harga.
Klik sini untuk mendapatkan harga kelas mengaji dewasa secara online.
Segala titik peluh tenaga pengajar seperti ustaz dan ustazah yang bersusah-payah membetulkan bacaan kita, sama-samalah kita hargai.
Jika bersetuju, jemput isi borang untuk belajar mengaji Al Quran dewasa seperti di bawah: