Belajar Mengaji Mukadam (Dari Muqaddam, Sampai Al Quran)

Belajar mengaji Mukadam / Muqaddam

Bagi anda yang kini mendapat hidayah dari Allah untuk kembali semula belajar mengaji Mukadam, kami doakan agar urusan anda belajar Al Quran dipermudahkan.

Kami faham, dulu semasa kecil-kecil dulu, anda main-main belajar Al Quran.

Sekarang baru menyesal bukan?

Alhamdulillah, sebenarnya masih belum terlambat kerana kami memang mempunyai guru yang boleh membantu anda belajar mengaji Mukadam.

 

Kelebihan belajar mengaji Mukadam

Berikut ialah antara kelebihan belajar mengaji Mukadam:

  • Anda akan menggunakan Muqaddam yang saiz dan bentuknya tidak berubah sejak dahulu lagi
  • Maka, ini pasti akan mengimbau kembali zaman masa kecil dulu
  • Walaupun bermula kembali dengan Mukadam, ustaz / ustazah / guru mengaji tidak akan ketawakan anda
  • Tidak ada siapa-siapa yang akan judge
  • Tidak lagi perlu baca Muqaddam rumi
  • Mereka akan bimbing dari mula untuk baca Muqaddam, back-to-basics
  • Lebih kepada konsep personal coaching atau one-to-one
  • Boleh tentukan masa sendiri
  • Pilihan #1, tidak perlu keluar untuk pergi belajar dengan guru kerana mereka akan datang ke rumah
  • Pilihan #2, boleh terus berjumpa dengan ustaz / ustazah di tempat yang dipersetujui bersama
  • Setiap bacaan kita yang salah akan diperbetulkan
  • Setiap sebutan dan makhraj akan diperbetulkan juga
  • Setiap ayat akan diberitahu di mana tempat waqaf, iaitu tempat berhenti
  • Boleh belajar secara persendirian dengan guru di rumah atau pejabat
  • Juga boleh belajar bersama pasangan suami atau isteri masing-masing

Jika sudah tidak bekerja lagi, sudah pencen dan tidak tahu buat apa, masuklah kelas mengaji ini.

 

Bolehkan belajar mengaji Mukadam secara online?

Kalau dilihat dari mata kasar, sememangnya tidak ada salah apa-apa.

Cuma, dari segi adabnya, walaupun hanya belajar mengaji Mukadam, adalah lebih baik jika bertemu dan belajar secara berhadapan dengan guru mengaji Al Quran.

 

Saya perlu belajar mengaji Mukadam atau Iqra’?

Berikut adalah antara beberapa sebab yang kami rasa anda perlu belajar Mukadam berbanding Iqra’:

  • Masa kecil-kecil dulu, memang pernah belajar Muqaddam
  • Namun, tidak sempat masuk Al Quran
  • Tambahan lagi, sudah lupa kerana terlalu lama tinggalkan
  • Jika anda masih ingat Ustaz Hasan Azhari yang selalu bersiaran di TV1 suatu masa dahulu, anda memang orang lama
  • Emosi dan kenangan zaman dulu akan membuatkan kita lebih dekat dengan Muqaddam
  • Ini bermaksud, cara pembelajaran Muqaddam sesuai untuk orang-orang lama seperti anda

 

Berapa lama untuk khatam 30 juzuk?

Tidak salah untuk berangan-angan untuk khatam 30 juzuk Al Quran.

Walau bagaimanapun, sebelum terus bercita-cita untuk terus khatam, anda perlu lancar membaca Al Quran terlebih dahulu.

Sekiranya sudah lancar, jika anda sudah masuk Al Quran dan ambil kelas talaqqi seminggu sekali, ia boleh mengambil masa 1 tahun setengah sehingga 2 tahun untuk khatam Al Quran.

 

Ada free trial?

Boleh, tak ada masalah. Kami boleh berikan free trial selama 30 minit yang akan dilakukan secara online.

Jika anda rasa ingin lihat dulu muka pengajar untuk melihat keserasian, kami galakkan anda ambil peluang ini.

Walau bagaimanapun, guru yang akan hubungi untuk free trial itu tidak semestinya guru yang akan mengajar nanti.

Anda hanya perlu isikan borang di bawah ini. Kami akan menghubungi anda secepat mungkin.