Kelas Mengaji Dewasa (Persendirian Di Rumah & Online)

Kelas mengaji dewasa (online & persendirian di rumah)

Bagi anda yang sudah berusia, tetapi masih lagi tidak kenal huruf dan bacaan tidak lancar, jangan malu untuk belajar. Kami ada kelas mengaji dewasa yang boleh dilakukan secara persendirian di rumah atau secara online.

#1 Kelas mengaji dewasa persendirian

Pertama sekali, belajar Al Quran secara persendirian itu lebih selesa bukan?

Bukan itu sahaja, ini antara beberapa kelebihan belajar mengaji Al Quran secara persendirian:

  • Ustaz / ustazah / guru mengaji tidak akan ketawakan anda
  • Tidak ada siapa-siapa yang akan judge
  • Mereka akan bimbing dari mula, back-to-basics
  • Lebih kepada konsep personal coaching
  • Boleh tentukan masa sendiri untuk belajar mengaji
  • Tidak perlu keluar untuk pergi belajar dengan guru kerana mereka akan datang ke rumah
  • Juga boleh terus berjumpa dengan ustaz / ustazah di tempat yang dipersetujui bersama seperti masjid dan sura
  • Setiap bacaan kita yang salah akan diperbetulkan
  • Setiap ayat akan diberitahu di mana tempat waqaf, iaitu tempat berhenti
  • Boleh belajar secara persendirian dengan guru di rumah atau pejabat
  • Juga boleh belajar bersama pasangan suami atau isteri masing-masing

 

#2 Kelas mengaji dewasa online

Walau bagaimanapun, jika tidak boleh sertai kelas mengaji dewasa persendirian kerana masalah kesihatan atau kekangan masa, boleh sahaja ikuti pembelajaran Al Quran secara online.

Antara kelebihannya belajar mengaji Al Quran secara online ialah:

  • Boleh tentukan masa sendiri
  • Tidak perlu keluar untuk pergi belajar dengan guru
  • Tidak perlu menunggu ustaz / ustazah sampai ke rumah
  • Tidak perlu kemas dan siap-siapkan rumah
  • Bila belajar secara persendirian dengan guru, akan mendapat tumpuan lebih dari guru
  • Tak perlu malu diketawakan oleh orang lain
  • Juga boleh belajar bersama suami atau isteri masing-masing secara online

 

Beza kelas mengaji dewasa persendirian dan online

Orang kata, akan ada lebih keberkatan jika berguru dan belajar mengaji secara berhadapan. Selain dapat melihat face-to-face, hubungan antara pelajar dan guru juga akan jadi lebih rapat.

Bukan mahu kata online itu tidak bagus. Cuma interaksi agak sedikit terbatas. Tambahan lagi, ada kemungkinan timbul masalah akibat capaian Internet yang tidak menentu.

Jadi, sebaik-baiknya, menuntutlah secara berdepan dengan guru.

 

Ada free trial?

Boleh, tak ada masalah. Kami boleh sahaja berikan free trial selama 30 minit.

Jika anda rasa ingin lihat dulu muka pengajar untuk melihat keserasian, kami galakkan anda ambil peluang ini.

Tidak jadi ambil, tak mengapa.

Anda hanya perlu isikan borang di bawah ini.