Bagi anda yang kini mendapat hidayah dari Allah untuk ambil kelas mengaji persendirian, kami doakan agar urusan anda belajar Al Quran dipermudahkan.
Kelebihan kelas mengaji persendirian
- Ustaz / ustazah / guru mengaji tidak akan ketawakan anda
- Tidak ada siapa-siapa yang akan judge
- Mereka akan bimbing dari mula, back-to-basics
- Lebih kepada konsep personal coaching
- Boleh tentukan masa sendiri
- Pilihan #1, tidak perlu keluar untuk pergi belajar dengan guru kerana mereka akan datang ke rumah
- Pilihan #2, boleh terus berjumpa dengan ustaz / ustazah di tempat yang dipersetujui bersama
- Setiap bacaan kita yang salah akan diperbetulkan
- Setiap ayat akan diberitahu di mana tempat waqaf, iaitu tempat berhenti
- Boleh belajar secara persendirian dengan guru di rumah atau pejabat
- Juga boleh belajar bersama pasangan suami atau isteri masing-masing
Jika sudah tidak bekerja lagi, sudah pencen dan tidak tahu buat apa, masuklah kelas mengaji Al Quran ini.
Bolehkan ambil kelas mengaji persendirian secara online?
Kalau dilihat dari mata kasar, sememangnya tidak ada salah apa-apa.
Cuma, dari segi adabnya, adalah lebih baik jika bertemu dan belajar secara berhadapan dengan guru mengaji Al Quran.
Walau bagaimanapun, untuk belajar secara online atau face-to-face, itu adalah terpulang kepada individu.
Perlukah saya masuk kelas mengaji persendirian?
Berikut adalah antara beberapa sebab di mana anda memang perlu ambil kelas personal:
- Secara asasnya, anda mestilah sudah lancar membaca Al Quran
- Sudah kenal huru
- Tidak lagi keliru dengan huruf bersambung
- Tidak lagi tertukar baris huruf
- Sudah tahu panjang pendek
- Bacaan tidak lagi merangkak-rangkak
- Setidak-tidaknya, tahu serba sedikit tentang tajwid
- Untuk mudah faham, jika anda boleh membaca Surah Al Baqarah dengan lancar, anda boleh sertai kelas talaqqi bersanad.
Berapa lama untuk khatam 30 juzuk?
Tidak salah untuk berangan-angan untuk khatam 30 juzuk Al Quran.
Walau bagaimanapun, sebelum terus bercita-cita untuk terus khatam, anda perlu lancar membaca Al Quran terlebih dahulu.
Sekiranya sudah lancar, untuk kelas talaqqi seminggu sekali, ia boleh mengambil masa 1 tahun setengah sehingga 2 tahun untuk khatam Al Quran.
Berkesan atau tidak itu adalah bergantung kepada tahap kesediaan dan penglibatan pelajar.
Ada free trial?
Boleh, tak ada masalah. Kami boleh berikan free trial selama 30 minit yang akan dilakukan secara online.
Jika anda rasa ingin lihat dulu muka pengajar untuk melihat keserasian, kami galakkan anda ambil peluang ini.
Walau bagaimanapun, guru yang akan hubungi untuk free trial itu tidak semestinya guru yang akan mengajar nanti.
Anda hanya perlu isikan borang di bawah ini. Kami akan menghubungi anda secepat mungkin.